LIRIK Dengarilah The 4AITH /The Faith
Cover Lagu Despacito / Lagu Versi Melayu Despacito (Aniq) Aku pernah Dengar cerita Tentang dunia Akhir zaman ini Betapa situasi kita diuji Oh, teman… Manusia terus buntu Kebenaran tak bersatu Dan agama Direndahi dan dihina Hina… Kita terus bergaduh Sesama sendiri Musuh bersatu Terus menghancuri Hingga kita terus hanyut Dengan dosa tanpa resah! Keliru hak batil! Dan arah tuju!
0 Comments
MAT KECOH hari ini ingin berkongsi satu lirik lagu daripada salah seorang penyanyi cilik yang berbakat besar, artis yang Mat Kecoh maksudkan ialah Aliff Amierul dengan lagu dari single beliau yang berjudul Ku Percaya. Mendengar suaranya begitu mengasyikkan dan memang akan membuatkan korang semua terhibur bila mendengar lagu ini.
Aliff Amierul merupakan seorang penyanyi cilik yang berbakat, di harap beliau dapat menyaingi populariti penyanyi cilik dari seberang iaitu Tegar Septian. Mat Kecoh amat berharap janganlah kehadiran penyanyi cilik ini sekadar untuk satu lagu single ini sahaja, sebaiknya perbanyakkan lagi lagu-lagunya agar penyanyi cilik negara kita mampu menyaingi penyanyi cilik dari seberang terutamanya Tegar Septian. Daripada lagu yang bertajuk Ku Percaya nyanyian Aliff Amierul ini Mat Kecoh percaya bintang cilik ini ada nilai komersialnya dan mampu pergi jauh. Oleh yang demikian, jangan sia-siakan bakat yang ada pada bintang kecil ini demi kemajuan industri muzik tempatan.
BERSEMPENA dengan Hari Raya Aidilfitri 1438H, Mat Kecoh ingin berkongsi dengan korang semua sebuah lagu raya baru untuk sama-sama kita meriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada kali ini. Tajuk lagu ini ialah Hang Pi Raya yang dinyanyikan oleh kumpulan Khalifah. Mat Kecoh akan turut kongsikan lirik lagu ini untuk kemudahan korang semua.
LIRIK LAGU JUDUL LAGU : HANG PI RAYA ARTIS: KHALIFAH RAMADHAN telah berlalu pergi meninggalkan kita, kini kita berada pula di bulan Syawal 1434 Hijrah. Pada bulan inilah kita meraikan hari kemenangan kita setelah hampir sebulan kita menunaikan ibadah puasa bersama dengan amal ibadat yang menjadi penambah perisa untuk pahala puasa kita. Setelah hampir sebulan kita berperang dengan nafsu akhirnya dapat kita menyambut hari kemenangan kita dengan penuh kejayaan. Adakah puasa kita mendapat markah penuh ataupun tidak belum kita ketahui namun kita sudah berusaha untuk mencapai markah penuh namun kita hanyalah manusia biasa yang tak lekang melakukan kesalahan. Kesempatan ini Mat Kecoh ambil untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua pembaca atau follower setia blog Mat Kecoh yang tak seberapa ini. Mat Kecoh menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada anda semua agar dapatlah anda semua memaafkan sebarang kesalahan dan kekhilafan Mat Kecoh. Kepada yang sedang leka menjamah juadah raya tu makanlah dengan elok-elok dan berpada-padalah maklum sahajalah sebulan kita berpuasa nanti perut kita 'terkejut' tak pasal-pasal pula kita berulang alik ke tandas. SALAM 1Malaysia khas buat semua pembaca dan pengikut setia blog Mat Kecoh yang tak seberapa ini, hari ini sempurna masih di bulan Hari Raya Aidilfitri yakni bulan Syawal, Mat Kecoh rasa mungkin masa yang terbaik untuk Mat Kecoh berkongsi satu resipi yang agak sinonim dengan Aidilfitri, resipi tersebut ialah Resepi Biskut Almond London. Bahan-bahan ( +/- 150 biji )
Hari ini Mat Kecoh ingin berkongsi korang yang mungkin boleh menghiburkan korang semua dikala korang sunyi sepi dan rasa boring meningkat dalam diri korang sendiri. Sebuah lagu yang syahdu dan menyentuh kalbu sesuai untuk jiwa korang semua, mungkin juga ia boleh dijadikan terapi muzik buat korang semua. Lagu yang Mat Kecoh maksudkan ialah Aku Suka Dia yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi yang baru meningkat naik dan juga boleh dikatakan cantik dan menarik dan boleh membuat sesiapa sahaja yang tertarik padanya ditambahan pula dengan suaranya yang merdu dan penuh kesyahduan. Ianya tak lain tak bukan siapa lagi kalau bukan Aina Tasneem. Mat Kecoh rasa sebelum korang menonton video muzik lagu tersebut, adalah lebih elok korang mendalami dan menghayati baitt-bait lagu yang cuba disampaikan sepertimana yang ditunjukkan di dalam lirik lagu tersebut di bawah ini: HARI ini Mat Kecoh ingin Berkongsi sebuah lagu yang semakin popular sejak akhir-akhir, bertambah popular pasca program Raja Lawak Astro Peringkat Akhir. Lagu yang mat kecoh maksudkan ialah Anak Kampung, lagu ini dinyanyikan oleh Jimmy Palikat. Lagu Anak Kampung atau lagu Asalnya Tanak Kampung semakin mendapat sambutan hangat di kalangan peminat-peminat muzik tanah air, Lagu ini menjadi semakin popular apabila ianya turut dinyanyikan oleh salah satu kumpulan yang menyertai Raja Lawak Astro. Sebenarnya, lagu ini berasal dari Sabah, siapa duga lagu yang berasal daripada Sabah mampu terkenal di seluruh Malaysia termasuk di Semenanjung Malaysia. Inilah yang boleh katakan sebagai lagu 1Malaysia. KALI ini Mat Kecoh nak berkongsi dengan anda semua yang Mat Kecoh sayangi sebuah lagu yang tengah 'top' dekat carta Era fm. Lagu ini bertajuk "Beribu Sesalan". Lagu ini dinyanyikan oleh 3 Suara. Memang asyik juga Mat Kecoh dengar lagu ni tak ada 'beribu sesalan' kalau korang semua mendengar dan menonton lagu ini.
Sebelum tu, Mat Kecoh nak beritahu bahawa 3 Suara ialah hasil gabungan tiga orang penyanyi hebat. Penyanyi-penyanyi yang Mat Kecoh Maksudkan ialah Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shylla Amzah. Mat Kecoh rasa adalah lebih elok sekiranya terlebih dahulu Mat Kecoh Kongsikan lirik lagu Beribu Sesalan terlebih dahulu untuk memudahkan korang semua mendengar sambil menyanyi lagu ini. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
May 2019
Kategori
All
|